Like this:

Pengecas EV Tiada Dapat Kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Syarikat pengendali stesen pengecas yang terbakar tempoh hari di Johor tempoh hari didapati tidak mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Tenaga.

Kes itu sedang disiasat, dan pihak yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Takder lesen katanya


Pihak ST kini sedang menyiasat kes bagi mengenal pasti punca sebenar, dan akan memanggil pihak dan syarikat yang bertanggungjawab untuk membantu siasatan.

Menurut ST, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 memperuntukkan aktiviti pembekalan tenaga daripada mana-mana pemasangan hendaklah dilaksanakan dengan mendapatkan lesen sah daripada pihak ST.

Dalam kes yang dilaporkan pada 31 Disember 2023, tiada sebarang kecederaan mangsa atau pasukan bomba dan penyelamat dilaporkan.

Difahamkan, kejadian tersebut menyebabkan sebuah kenderaan elektrik jenis Mercedes-Benz EQB terbakar sehingga 90 peratus hangus, selain menjejaskan 20 peratus kemudahan EVCS dan lima peratus pada ruang pameran premis.

St Report 01
St Report 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading