20 Ogos 2024:
Di Lundu, tiga pelajar dikhuatiri hilang selepas perahu yang dinaiki mereka karam di Sungai Kayan awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lundu, Muhamad Hazijul Abdul Mujun dalam kejadian sekitar pukul 6 pagi itu, perahu terbabit dipercayai membawa seramai 13 orang pelajar sekolah.
Susulan itu satu operasi diaktifkan pukul 6.30 pagi tadi bagi mengesan dua mangsa melibatkan seorang lelaki dan perempuan.
Beliau yang dihubungi RTM pagi tadi turut mendedahkan seramai lapan anggota dengan sebuah bot digerak ke lokasi bagi mengesan mangsa.
Operasi mengesan kini diperluas ke 2 kilometer persegi dengan bantuan penduduk kampung Slampit.