Perkeso Putrajaya sajikan juadah berbuka kepada warga bukan Islam semalam..
Aktiviti julung kali tersebut adalah dengan kerjasama Masjid Bandar Seri Putra Kajang adalah program Raikan Semua dan Pendaftaran Penempatan Pekerjaan MyFutureJobs Perkeso.
Sejumlah 112 keluarga bukan Islam menerima juadah berbuka yang diagihkan sendiri oleh Perkeso Putrajaya yang diketuai oleh Pn Munirah bersama pegawai-pegawai lain.
Sementara itu Dato Osman yang mewakili penduduk menyifatkan langkah Perkeso sebagai langkah yang dapat meŕapatkan lagi silaturahim antara penduduk yang berbeza fahaman agama.
Selain itu menurut Pn Munirah dari SIP Perkeso Putrajaya pihaknya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana masjid lain jika ada masjid-masjid yang ingin melakukan perkara yang sama seprtimana kerjasama diantara Perkeso Putrajaya dengan Masjid Bandar Seri Putra Kajang.
Pihak Perkeso juga membuka kaunter pendaftaran selain daripada menerima pelbagai pertanyaan berkenaan Perkeso termasuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO dan Skim Suri
#Perkeso #masjid #ehailing #phailing #gig #pekerjabebas #iftar