Like this:

Persaingan teksi dan ehailing siapa jadi mangsa?

Ehailing membunuh teksi kini ehailing pula dibunuh oleh sistem ehailing itu sendiri. Saya ada beberapa sebab untuk berpendapat sedemikian dan saya juga sedia maklum anda juga ada pendapat sendiri. Jika anda ada pendapat sendiri yg ingin dikongsi bersama walaupun tidak sehaluan dengan admin sila tinggalkan di ruang komen.

Sewaktu-waktu dulu industri teksi dihimpit oleh kemunculan syarikat ehailing yg menggunakan kereta biasa untuk beroperasi. Pada mulanya sistem ehailing ini bermula dengan perlahan sehingga pihak teksi sendiri tidak menyangka ehailing akan menjadi "coronavirus" sehingga pendapatan pemandu-pemandu teksi terjejas teruk.

Usaha yg dijalankan oleh pihak teksi untuk mengekang kemaraan ehailing nampaknya kurang berkesan malahan terpaksa menerima hakikat ehailing telah meninggalkan teksi dengan pantas.

Ehailing yg pada mulanya berkembang amat perlahan kemudian sedikit demi sedikit mendapat tempat di hati pengguna dan juga pemandu dan kini mendominasi sistem pengangkutan di negara kita.

Faktor pendapatan yg boleh mencapai sehingga Rm10k sebulan menyebabkan ramai di kalangan rakyat menjadikan ehailing sebagai pekerjaan sepenuh masa tak kurang juga yg menjadikan pekerjaan sampingan. Setiap hari boleh disaksikan di pejabat syarikat ehailing di mana ratusan pemandu baru mendaftar sebagai pemandu ehailing.

Jumlah syarikat pula semakin membiak dengan pesat. Terkini sebanyak 25 buah syarikat ehailing telah diluluskan pendaftaran oleh pihak kerajaan. Pernah mencecah 44 buah dalam satu masa. Bayangkan bentuk persaingan yg dilalui oleh syarikat-syarikat ini dan bayangkan juga kesan yg terpaksa dihadapi oleh pemandu ehailing.

Jumlah pemandu ehailing yg meningkat dengan mendadak terkini melebihi 100k maka nisbah pemandu dengan pengguna menjadi besar. Pastinya pendapatan juga terkesan. Otai-otai ehailing juga memaklumkan jika dulu boleh mencapai RM10k sebulan kini nak cari RM1k seminggu pun terpaksa bertugas lebih 12 jam sehari. Pemandu separuh masa mungkin tidak berapa terkesan tetapi bagi pemandu sepenuh masa mereka kini umpama pungguk rindukan bulan. Hanya kenangan masuk ribu-riban setiap minggu menjadi kenangan.

Persaingan mendapatkan pengguna menyebabkan syarikat ehailing ini terpaksa buang harga. Kadang2 tambang amat tidak masuk akal. Persaingan ini akan terus berlaku selagi kerajaan tiada harga lantai terhadap syarikat ehailing. Jika mereka tidak menyertai perang harga ini syarikat mereka besar kemungkinan bungkus.

Akhirnya pemandu juga yg menerima kesan. Terpaksa berkejaran mendapatkan trip walaupun sedar kos minyak, tayar, top-up, dan lain2 melebihi dari nilai tambang itu sendiri. Maka tidak heranlah ada yg menyamakan pemandu ehailing ini sebagai "lembu".

Walaupun saya tidak bersetuju dengan gelaran itu tetapi terpaksa terima hakikat bahawa tugas pemandu ehailing bukan lagi langkah bijak untuk menjana pendapatan melainkan hanya sekadar melepaskan sesak supaya dapur berasap.

Coretan panjang admin hanya sekadar pemerhatian dan peringatan bahawa bola itu bulat. Persediaan diluar jangka perlu kita siapkan. Insyaallah ada jalan nanti.

Sekian terima kasih.

RA Ehailing.fm

#ehailing #phailing #segim #tambangmura

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading