600 kehadiran di Persidangan Meja Bulat PPIM Task Force Rakyat yang berlangsung di Ampang pada hari ini.
Forum rakyat menghadapi isu-isu kecemasan tahap amaran merah (red alert) "Rebah Menanti Hancur"
Perbincangan meja bulat tersebut dibahagikan kepada 5 kluster iaitu
Kluster 1 : Ancaman Ekonomi - Riba dan Krisis Perlembagaan yang dipengerusikan oleh Peguam Ahmad Jufliz Maiza
Kluster 2 : Ancamam Keselamatan Negara dipengerusikan oleh Dato Fakhrunizam Ibarahim
Kluster 3 : Ancaman Tekanan Terhadap Rakyat dipengerusikan oleh Dato Sri Asri Yusoff
Kluster 4: Polisi Kesihatan Yang Mengancam Rakyat dipengerusikan oleh Prof Dr Mustafa Ali
Kluster 5: Ancaman Terhadap Agama dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shahadan
Sementara itu Dato Nadzim Johan atau Toqqi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam ucapan alu-aluan berharap persidangan meja bulat ini mampu menjadi kuasa ketiga yang boleh menegur kepimpinan negara tanpa gentar dan terikat malahan sehingga mampu untuk membawakan isu rakyat sehingga ke tahap mengadap Ke Bawah Duli Yang Mulia Sultan.