Like this:

Persundalan P-Hailing?

Jangan la buat macam ini. Bukan sahaja memalukan diri sendiri, tapi boleh mengaibkan keseluruhan industri. Adoilah.

Payah sungguh la... Sori takder gambar muka.

====================================

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terjebak dalam aktiviti pelacuran pada tahun lalu, seorang penghantar makanan wanita didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Nor Hasmidah Ismail, 31, yang berkhidmat di sebuah syarikat p-hailing membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau juga memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Nor Hasmidah yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norita Alias membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan aktiviti persundalan di sebuah inap desa di Kampung Tok Kaya di sini pada pukul 5.30 petang, 23 Ogos 2023.

Mengikut fakta kes, serbuan pihak berkuasa turut merampas wang tunai RM550, sebuah telefon bimbit dan dua kotak kondom milik tertuduh.

Nor Hasmidah didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor.

Persundalan P Hailing

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading