Assalamualaikum WBKT dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman Rakan-Rakan Penghantar P-Hailing GrabFood Malaysia, Sekretariat Komuniti Gig Malaysia dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), mewakili rakan-rakan pimpinan NGO Rakan Penghantar akan bertemu pihak pengurusan GrabFood Malaysia bagi mengadakan perbincangan lanjut berkaitan isu terkini melibatkan Rakan-Rakan Penghantar P-Hailing GrabFood Malaysia pada Hari Jumaat, 26hb Januari 2024.
PENGHANTAR mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada GrabFood Malaysia atas kesudian pihak pengurusan GrabFood Malaysia untuk pertemuan dan perbincangan lanjut ini.
Rakan-Rakan Penghantar GrabFood Malaysia boleh menyatakan apa jua Isu dan Permasalahan di ruangan comment untuk perhatian pihak PENGHANTAR.
Hasil perbincangan akan diumumkan selepas pertemuan tersebut.
Sama-sama kita panjatkan Doa ke Hadrat Ilahi, proses perbincangan ini dipermudahkan.
Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR)
24hb Januari 2024.
14 Rejab 1445H
Nota Penting: Mohon tiada himpunan diadakan pada Hari Jumaat bagi menghormati proses perbincangan.
