Seorang pesara guru berusia 65 tahun dilaporkan maut akibat ditikam oleh anak lelakinya yang berusia 32 tahun di Kampung Senaling, Kuala Pilah.
Kejadian tragis itu berlaku ketika mangsa cuba memujuk anaknya yang mengalami halusinasi dan menunjukkan tanda ingin membunuh diri. Selepas kejadian, suspek melarikan diri dan ditemui mati di tepi jalan Pekan Senaling dengan mulut berbuih, dipercayai akibat meminum bahan peluntur.
Polis juga menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam serangan itu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.