SEORANG peserta RXZ Members 6.0, Ahmad Amir Muhamad, 29, maut akibat kemalangan di KM379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil, Terengganu, semalam (15/09/24).
Insiden berlaku sekitar jam 3 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Felda Seroja, Jengka 18, di Temerloh, Pahang.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mangsa maut akibat parah di kepala selepas terlibat dengan sebuah lagi motosikal jenis sama dan sebuah treler.
Mangsa dikatakan cuba memotong treler tersebut di lorong kecemasan, tetapi bergesel dengan motosikal jenis sama yang sedang berhenti di lorong sama.
Geselan itu menyebabkan mangsa jatuh dan terseret masuk ke bawah treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.