Hujung tahun memang selalu menjadi seakan pesta banjir. Sana sini akan ada lokasi yang ditenggelami oleh air banjir. Tapak Pesta Pulau Pinang juga tidak terkecuali menjadi antara lokasi di daerah ini yang dilanda banjir kilat dan pokok tumbang akibat hujan lebat, malam tadi.
Reruai yang disewa di tapak pesta itu banyak yang turut digenangi air yang disedari naik pada 8.45 malam, namun surut sejam kemudian. Dipercayai longkang sedia ada tidak mampu menampung air hujan menyebabkan ia melimpah. Hanya peniaga di bahagian belakang tapak pesta sahaja yang terjejas kerana reruai tersebut terletak berhampiran longkang.
Kebanyakan peniaga yang berniaga di tapak pesta turut berkongsi banjir kilat itu di TikTok dan Facebook seraya mendakwa, ia kini menjadi 'pesta air'. Mungkin ada yang yang teringin nak berbelanja ala 'pesta air' kini bolehlah ke tapak Pesta Pulau Pinang. Mana tahu ada peluang bersuka ria dengan air banjir.
Kepada pemandu e-hailing, sila berhati-hati dan elakkan melalui kawasan banjir. Insuran e-hailing yang anda ada memang tak berguna bila berhadapan dengan insiden banjir. Bayar je lebih tapi tak cover.
Beli dashcam harga marhaen sekarang secara ansuran.