Like this:

Professor terkejut sistem ehailing tunggang-langgang
Alkisahnya semalam apabila saya bersembang hampir sejam bersama dengan 2 orang tokoh dari sebuah universiti terkemuka tanahair.. Mereka dalam rangka satu kajian berkaitan cabaran dan peluang pemandu ehailing di negara kita.. Perbualan secara atas talian tersebut saya mulakan dengan sejarah asal usul ehailing itu sendiri sehinggalah apabila wujud undang-undang ehailing seterusnya apa senario yang berlaku pada hari ini.. Alhamdulillah walaupun mereka agak terkejut dengan apa yang saya maklumkan hasil daripada pengalaman sebagai pemandu teksi, pemandu ehailing, penyedia applikasi ehailing sehinggalah kepada menubuhkan ehailing.fm Perbualan banyak berlegar berkaitan undang-undang ehailing merangkumi syarat ditetapkan oleh Apad kepada syarikat ehailing dan juga pemandu.. Selain itu cara pengoperasian syarikat ehailing seperti sistem 'autopaksa', kadar potongan komisyen dan lain-lain. Paling ditumpukan ialah berkaitan tambang ehailing kerana di sini wajud pertembungan kepentingan diantara pemandu dan juga pengguna serta kaedah bagi menentukan kadar tambang yang boleh dikategorikan sebagai menang-menang. Berkaitan insuran ehailing atau insuran di dalam insuran juga menjadi perhatian kerana jumlah bayaran menjadi seakan tidak logik untuk dikenakan setelah kos insuran biasa sebelum ditambah kos insuran ehailing telah pun berada pada tahap yang dianggap tinggi oleh pemandu ehailing. Insyaallah kita harap kajian oleh universiti ini boleh memberi manfaat kepada semua penggiat ehailing termasuk pengguna. Terima kasih Admin ehailing.fm ________________________ Sewa kereta ehailing murah: www.wasap.my/601116861593/sewa+kereta

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading