Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak telah mengadakan satu Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bertempat di Tadika KEMAS Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah berupa ceramah keselamatan jalan raya, demonstrasi pejalan kaki kepada murid dan pertandingan mewarna.
Program ini telah dimeriahkan oleh 47 orang murid berumur 5 dan 6 tahun beserta 2 orang guru.




