Like this:

Proton S70 HEV

S70 sekarang pun dah cukup hebat. Dapat enjin turbo dan gearbox Dual Clutch Transmission. Chassis pulak gred kereta Conti. Dapat rasakan nilai Torsional Rigidity S70 ini tinggi. Berakhir sudah zaman tin milo Proton Mitsubishi

Asalkan jaga servis, memandu tak lock throttle macam Mat Rempit, saya rasa S70 akan tahan lama.

Zaman saya, Proton Wira dibagi spec purbakala. Enjin 4G13p yang dibekalkan, kalau ikut sejarah, dah level dinasour tapi tetap disumbat ke Wira. Ha ha, enjin zaman Lancer Fiore tu, betapa kedekutnya Mitsu waktu itu

Chassis pun saya rasa dikurangkan kualiti, sungguh tin milo. Nak buat macam mana, hadap ajalah Proton Wira 1. 3 level tin milo.

Jadi, untunglah partnership Proton dan Geely. Disebabkan Geely ni tak lokek macam Mitsubishi, apa kata buat S70 HEV untuk lawan Civic RS hev. Tapi market kita terlalu kecik untuk Proton bina versi hybrid untuk S70.

Jadi kita bayangkan ajalah.

Geely ada teknologi Hybrid yang hebat, iaitu NordThor EM-i. Dah setanding dengan BYD DM-i generasi ke 5. Geely Starship 7 Hybrid, boleh gerak sehingga 2400km.

Kereta Hybrid China jauh lagi advanced dari Jepun. Buktinya, Toyota partnership dengan BYD untuk guna tech DMI untuk versi Corolla Hybrid 2026. Mungkin untuk pasaran China aja dulu, kalau formula berjaya, mungkin jadi model global.

Bila sebut Hybrid, enjin petrol bukan lagi pemacu utama. Ia akan berubah jadi generator. Jumlah rpm pun ditentukan oleh komputer.

Bila berubah jadi generator, kecekapan jadi semakin tinggi. Bayangkan 1 liter petrol boleh gerakkan kereta melebihi 30km.

Itulah kelebihan enjin gred generator, atau Atkinson. Kemudian gearbox DCT atau CVT dah tak wujud dalam dunia Hybrid. Gearbox versi baharu dinamakan Direct Drive.

Dalam sebuah Drive Unit akan ada komponen berikut

enjin IC
motor generator
motor traction
Power Converter
inverter
Planetary Gearset

Sistem gear akan jadi 1AT sahaja dan torque datang secara 100% akibat kuasa dari motor traction

Kalau versi Haval, planetary gearset ada 2 speed, macam Porsche Taycan

Bateri tak perlu besar sangat, sekitar 1.7kwh sahaja

Kecekapan enjin pun makin bertambah, sebabnya dah tiada talisawat nak sambung ke alternator, aircon compressor dan power steering pump.

Inverter akan supply elektrik ke DC2DC Converter dan seterusnya boleh supply power ke power steering, power window, brek elektrik

Aircon Compressor pulak guna elektrik dengan power supply sekitar 200v. Berpusing secara variable speed,asalkan dalam kereta sejuk.

Ohh lupa, starter pun dah tak wujud. Jadi pengalaman Stop n Go akan jadi lebih tenang, tiada bunyi aircon clutch, tiada bunyi starter nak hidupkan enjin dan ekon tetap sejuk.

Masalahnya, teknologi di atas cuma dapat ke kereta hybrid sahaja.

Manalah tahu kot Geely berikan teknologi Hybrid mereka untuk S70, kan lebih menarik.

Power pun ada sebab Direct Drive dan Motor EV. Minyak pun jimat sebab Atkinson Cycle Engine

Bukankah itu formula rakyat Malaysia, nak laju tapi nak jimat minyak

Proton S70 Hev

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading