Orang kampung, duduk di pedalaman. Kenderaan nak keluar menjual hasil tani pun tiada.
Bersusah payah mengumpul hasil tani dan kemudiannya menyewa kenderaan "sapu" yang mengenakan caj tinggi semata-mata nak menjual hasil tani di bandar berhampiran.
Sudahlah dikenakan tambang yang mahal, kemudiannya semasa menjual pula terdapat tawar menawar dari pembeli yang mahukan harga yang lebih murah.
Demi untuk tidak membawa balik kembali barangan jualan, orang kampung si peniaga hasil tani nih sanggup menerima sahaja apa yang ditawarkan. Walhal si pembeli itu hidupnya jauh lebih mewah dari orang kampung si peniaga tani...
Si pembeli yang datang dengan kereta yang dipandu sendiri langsung tidak ada rasa prihatin dan empati terhadap si peniaga tani orang kampung nih. Walhal si pembeli ini kalau dia masuk ke mana-mana shopping mall atau restoran makanan segera, langsung tiada tawar menawar.
Pelik. Kenapa sampai begitu sekali mentaliti orang kita. Tiada rasa simpati dan empati.
Admin MY