Like this:

Remaja 13 Tahun Cuba Rompak Pemandu e-Hailing

Makin hari dah makin bahaya kerjaya sebagai seorang pemandu e-hailing. Kalau dahulu kejadian jenayah boleh berlaku hanya pada waktu malam dan di lokasi yang sunyi, tapi tidak kini.

Dulu kita biasa mendengar kes pemandu teksi dirompak, dicederakan dan ada yang dibunuh, tapi kini perkara yang sama pula kita boleh dengar berlaku kepada pemandu e-hailing. Risiko itu benar. Jenayah itu realiti.

Pernah kita dengar ada kes pemandu e-hailing wanita yang dicabul, tapi mungkin ada yang lebih kena teruk dari itu seperti dirogol atau diliwat. Tapi demi menjaga aibnya, mungkin pemandu wanita itu akan sekadar membuat laporan hanya dirompak atau dicabul sahaja. Entahlah.

Dalam kes terbaru di Sungai Petani semalam ini, kes melibatkan rompakan bersenjata pisau yang dilakukan terhadap seorang warga emas yang membawa kenderaan e-hailing. Nasib baik semuanya selesai tanpa ada kecederaan pada mangsa manakala saspek telah dapat ditangkap oleh Polis.

Umur baru 13 tahun, sudah ada potensi untuk menjadi penjenayah tegar. Samseng dan bersenjata. Gila betul. Kalau kita tak tangani awal, penyakit macam ini akan membarah.

Wajar hendaknya agar semua kenderaan e-hailing dipasang dengan pelindung akrilik atau plastik jernih di belakang pemandu untuk mengasingkan pemandu dengan penumpang demi keselamatan kedua-dua belah pihak. APAD perlu mewajibkan benda ini. Dan kos pemasangan ini perlulah ditanggung sepenuhnya kepada syarikat EHO yang memberikan EVP kepada pemandu ini.

Kita kena memulakan langkah pertama ini.

SH www.ehailing.fm

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading