Like this:

Remaja Perempuan Hilang

Remaja perempuan 16 tahun dilapor hilang sejak semalam

ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilapor hilang sejak semalam selepas keluar dari rumah keluarga di Kampung Cegar, Seberang Pantai Johor di sini.

Siti Nur Fatin Syamira Abdullah yang masih bersekolah di tingkatan empat disedari tiada di rumah oleh ibu tirinya yang berusia 32 tahun pada 11.30 malam.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan remaja terbabit selepas diberitahu yang anak tirinya itu mungkin berada di Pulau Pinang. Remaja berkenaan berketinggian 148 sentimeter (sm), berbadan kurus dengan berat 45 kilogram.

Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Nur Azirah Arzemi di talian 04-7747222 sambungan 7203.

Remaja Perempuan Hilang

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading