Bagitau juga kepada kawan-kawan anda
Ada orang mengadu dulu kereta dia pernah kena tarik. Tinggal lagi setahun nak habis bayar tapi dah kena tarik. Kurang dari RM10,000 je baki. Bila ditanya tahu tak kereta sebenarnya tak boleh ditarik jika sudah bayar bayaran ansuran lebih dari 75%? Kalau nak tarik juga, perlu ada surat arahan daripada mahkamah. Dia kata tak tahu pula tentang hal itu.
Begitulah hakikatnya, masih ramai yang tak tahu tentang prosedur tarik kereta. Kadang-kadang ada yang akan ambil kesempatan kerana masih ramai tidak tahu tentang hal ini. Kita pula haruslah peka dengan hal ini agar tidak ditindas oleh penarik kereta yang tidak mengikut prosedur.