Karipap kulit licin, tapi rangup sampai ke petang. Resepinya saya sertakan , mana tahu ada yang mahu buat untuk jualan. Dalam ada rezeki kita, ada juga rezeki untuk orang lain.
* 1 kg Tepung gandum( saya guna cap sauh)
* 50 gram Tepung Beras cap teratai (cap gajah 1 pun boleh)
* 1 cawan minyak masak (panaskan sampai keluar asap sedikit)
* 1 sudu teh garam (ikut selera masing masing) nak tambah pun boleh
* 1 1/2 sudu teh gula (ikut selera nak manis tambah)
* 380 ML - 400 ML Air biasa (tuang sikit sikit) doh jangan terlalu lembek, sebab, bila di rehatkan doh akan lembut sendiri.
# Gaul tepung gandum dan tepung beras dalam satu tempat, tuang dengan minyak yng telah di panaskan (gaul dengan sudu ya, nanti tangan melecur, dah sejuk sikit, baru ramas-ramas tepung sampai jadi serbuk roti, baru tuang air yang telah di campur dengan garam dan gula. uli sebati dan rehatkan doh selama 30 minit. barulah mula mencanai.
Cara menggoreng,
# panaskan kuali menggunakan api yang kecil sampai minyak panas, jangan guna api besar nanti karipap jadi lembam.. selamat mencuba.