Like this:

Rider P-Hailing Kemalangan Jalan Raya

Penghantar p-hailing cedera agak serius akibat terbabas ke kiri lebuhraya sebaik sahaja melewati Plaza Tol Setia Alam pada petang tadi.

Mohd Safri bin Mohd Sarip 31 tahun walaupun dalam keadaan keliru (akibat terhentak) menceritakan sebuah lagi motorsikal yang ditunggang oleh warga asing telah menghimpit beliau seterusnya melibatkan perlanggaran sesama mereka. Penunggang motorsikal warga asing tersebut beredar dari lokasi dan meninggalkan motorsikalnya di sana.

Wartawan Ehailing.fm yang kebetulan lalu di lokasi tersebut sempat bertanya dan melihat kecederaan yang dialaminya iaitu melibatkan kaki, tangan, paha, jari kaki dan siku.. manakala kecederaan dalaman tidak diketahui.

Sewaktu menunggu ambulan tiba (30 minit) En Safri tidak henti-henti menyebut nama anaknya yang baru berusia 2 bulan dan meminta dihubungi isterinya bagi memaklumkan keadaannya.

Sementara itu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO PERKESO mengesahkan bahawa En Safri adalah pencarum aktif untuk SKSPS dan layak mendapat perlindungan sewajarnya.

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia juga telah dihubungi untuk tindakan susulan berkenaan kemungkinan bantuan yang diperlukan oleh mangsa.

Untuk salurkan sumbangan sila layari https://bantu.ehailing.fm

Rider P Hailing Kemalangan 01
Rider P Hailing Kemalangan
Bantu Ehailing
Bantu Ehailing 01

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading