Setelah siaran langsung terpaksa dibatalkan kami siarkan semula rakaman temubual dengan CEO MyCar bersama En Jamil.
Di dalam temubual tersebut Datuk Noor Sheena bimbang dengan data peribadi pemandu dan pengguna tidak selamat apabila menggunakan applikasi ehailing luar negara.
Beliau menjelaskan data peribadi boleh saja dijual oleh pemegang server kepada mana-mana pihak yang memerlukan.
MyCar yang merupakan applikasi ehailing tempatan juga bimbang dengan jumlah syarikat ehailing yang semakin bertambah dari hari ke hari dan ini bukan satu perkembangan yang sihat.
Menurutnya lagi terdapat applikasi ehailing yang tidak mengikut undang-undang sedia ada dan menawarkan tambang yang berbeza daripada yang ditunjukkan di dalam applikasi mereka.
MyCar mempunyai kelas lesen PSV yang hanya mengenakan bayaran hanya RM70.00 dan dipercayai yang paling murah di negara kita.
Dari segi komisyen yang dikenakan kepada pemandu hanya 13% berbanding syarikat lain ada yang mengenakan sehingga 20%.
Datuk Noor Sheena juga berpesan kepada pengguna supaya perlu cerdik semasa menggunakan applikasi ehailing dan jangan ikut nasihat pemandu yang mungkin meminta pengguna membatalkan tempahan hanya bertujuan untuk mengelak daripada membayar komisyen.
Jika pengguna membatalkan tempahan mengikut arahan pemandu maka sistem secara automatik akan membatalkan maklumat berkenaan pemandu tersebut dan sebarang masalah yang bersangkutan akan menyukarkan penyiasatan seterusnya.
Selain itu MyCar hanya mengambil pemandu yang bersih daripada rekod jenayah dan ini dilakukan adalah demi menjamin keselamatan pengguna
Berkenaan dengan hala tuju MyCar beliau membayangkan akan membuat penghantaran bungkusan, perkhidmatan warga emas dan lain-lain namun akan mengambil sedikit masa lagi seterusnya menyeru supaya semua warga Malaysia memberi sokongan kepada MyCar.
Sementara itu beliau juga sempat menasihatkan pemandu wanita supaya tidak memandu pada waktu malam kerana terdedah kepada gangguan daripada pengguna.
Beliau juga berpesan kepada pemandu dan pengguna supaya tidak terlalu berlebih-lebih mesra kerana boleh membawa kesan yang tidak baik.
Terima kasih
RA ehailing.fm