Like this:

Rungutan Seorang Pemandu eHailing

Saya baru perbaharui lesen PSV pagi tadi. Perbaharui lesen memandu dan PSV dah kena caj RM50. Semakan Perubatan di Klinik kena pula caj RM30. Ada klinik yang caj sampai RM80. Kita bawa ehailing ni cukup-cukup makan ja. Doktor di Klinik semak tak sampai 5 minit nak caj sampai RM80. Fikir la sikit orang lain susah nak cari makan….

Belum lagi inspection di Puspakom nanti. Dua tahun lepas inspection failed sebab alignment tayar, sedangkan pagi tu dah buat alignment kat kedai tayar terkenal di Klang. Petang puspakom inspection failed alignment….

Ada yang nasihat guna runner… runner minta RM350. Ada runner minta sampai RM500. Gila ke apa… pendapatan kita berapa sen sangat nak bayar runner.

Bulan Oktober nanti khabarnya dah ada workshop @ syarikat lain yang boleh buat inspection selain dari Puspakom ni. Eloklah tu… hantar kereta inspection puspakom berdebar hati mcm first time nak jumpa Pak mertua dulu.

Kos Seorang Pemandu Ehailing

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading