Belum apa-apa lagi MyRide menerima rungutan daripada para pemandu berkenaan urusan pendaftaran yang mengambil masa agak lama.
Ehailing.fm juga menerima aduan daripada pemandu dan atas sebab itu saya pada petang tadi bertemu dengan salah En Adam Rizal pegawai kanan MyRide untuk menyampaikan aduan para pemandu tersebut.
Menurut En Adam beliau menyedari kesulitan yang timbul dan sedang berusaha untuk mempercepatkan urusan pendaftaran pemandu baru..
Menurut beliau kesesakkan pendaftaran pemandu bermula sebaik sahaja applikasi MyRide dilancarkan pada minggu lepas dan diberikan sambutan berlipat kali ganda oleh pemandu-pemandu e-hailing.
Proses pendaftaran dititik beratkan oleh MyRide dan semestinya perlu mematuhi kritiria yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD naka itu pendaftaran menjadi sedikit perlahan.
En Adam juga berpesan kepada para pemandu baru yang masih tergantung proses pendaftaran supaya bersabar sedikit masa lagi dan En Adam memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tersebut di dalam wakti terdekat.
Sementara itu ketika ditanya tentang sambutan pengguna pula En Adam amat gembira kerana para pengguna telah mula berjinak-jinak dengaj applikasi MyRide.
Kepada yang ingin mendaftar sila klik link di bawah dan ikut arahan yang disediakan.
https://myrideasia.com/subscription-plan
Terima kasih
RA Ehailing.fm
#ehailing #phailing #gig #pekerjabebas #MyRide #produktempatan