Like this:

Saspek Kes Langgar Lari Kini Diburu

Warga Pakistan dicari, disyaki terbabit dalam kes langgar lari

TUARAN: Polis mencari seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen minyak di Jalan Berungis – Tenghilan di sini, hingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Supritendan Noraidin Ag Maidin, suspek yang diburu dikenali sebagai Ameer Islam, rakan seorang lagi suspek yang telah ditahan.

Katanya identiti suspek Ameer Islam yang beralamat di Penempatan Telipok itu diperolehi selepas rakannya yang menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth 1 ditahan kira-kira jam 11 pagi, semalam.

“Pada 3 September lalu, jam 1.10 pagi, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan jalan raya.

“Kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dan Motosikal jenis Modenas Kriss itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang menaiki Proton Wira itu melarikan diri sebelum salah seorangnya berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran di talian 011-61600964.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saspek Langgar Lari Dicari 02
Saspek Langgar Lari Dicari 01

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading