Like this:

Saspek Remaja 13 Tahun Kes Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok.

Saspek remaja dalam kes cubaan samun bersenjata kepada seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di Sungai Petani, Kedah pada Isnin lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kes itu telah dirujuk kepada Pendakwa Raya dan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan telah dikeluarkan.

Sebelum ini telah tular satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja berusia 13 tahun cuba menikam pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun dipercayai sebagai satu cubaan samun bersenjata dalam kenderaan Isnin lepas.

Cubaan samun bersenjata itu berjaya digagalkan apabila mangsa sempat menggigit tangan saspek dan merampas pisaunya sebelum saspek remaja itu melarikan diri.

Remaja itu kemudiannya ditahan kira-kira pukul 10 malam selepas satu laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan sekitar pukul 8 malam pada hari kejadian.

Rompak E-Hailing

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading