Like this:

See Malaysia Fun Run 2024 – MyCar dan KTMB

MyCar telah melayan beribu peserta yang mendaftar sebagai pengguna seterusnya melayakkan mereka untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah sebuah motorsikal.

MyCar yang merupakan rakan startegik Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB turut menjayakan larian Railway to See Malaysia Fun Run 2024 yang dianjurkan oleh KTMB menyaksikan penyertaan lebih 2000 peserta yang datang dari dalam dan luar negara tanpa mengira peringkat usia.

Program turut diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan yang seterusnya menyempurnakan program fun run pada jam 7:30 lagi.

Acara larian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu 4km dan 7km dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10000.00 merangkumi hadiah untuk penyertaan bertuah, cabutan bertuah dan lain-lain.

Sementara itu Datuk Mohd Rani CEO KTMB berpuashati dengan kejayaan fun run kali dan mengucapkan terima kasih kepada MyCar yang terus komited untuk bekerjasama dengan KTMB.

Selain itu program turut menampilkan artis Aizat Amdan yang sudi menyampaikan beberapa buah lagu yang menghiburkan peserta larian.

Fun Run 01
Fun Run 04
Fun Run 06

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading