Like this:

SEGiM direalisasikan: YAB PMX

Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM akhirnya direalisasikan apabila YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhannya dalam satu majlis di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.

Dengan pemgumuman itu pekerja gig khasnya dalam sektor ehailing dan phailing iaitu dua sektor paling teruk terjejas seharusnya berasa lega kerana sektor itu mempunyai satu kawal selia yang diyakini mampu menyelesaikan beberapa isu berbangkit melibatkan kedua-dua sektor tersebut.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak Sekretariat Komuniti GiG Malaysia yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Sharkar Samsudin kerana terus berusaha mewujudkan SEGiM walaupun pada penghujung tahun lepas dikatakan sebagai tidak jadi oleh mantan Menteri Sumber Manusia dalam satu jawapan di parlimen.

Sebelum itu SEGiM telah dicadangkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada julai 2023 di semasa merasmikan Forum Kerjaya Ekonomi GiG Malaysia di WTC Kuala Lumpur.

Link: https://www.facebook.com/share/v/ptFpT83ZcYPA8qBJ/?mibextid=oFDknk

Diharap dengan pengumuman Perdana Menteri tersebut SEGiM akan segera mencari jalan penyelesaian isu utama dalam ehailing dan phailing iaitu berkenaan dengan kadar tambang atau upah.

Selain itu isu persaingan tidak sihat antara syarikat penyedia applikasi ehailing dan phailing sehingga menjejaskan pekerja gig juga akan diselesaikan.

Video: Kini TV

#segim #ehailing #phailing #gig

Pmx Segim

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading