Like this:

Selangor Junior Superstar 2024 kali ke 4 bakal berlangsung.

YB Dr Gunaraj George sebentar tadi dalam satu sidang media telah melancarkan Selangor Junior Superstar untuk kali yang ke 4 bakal diadakan.

Selangor Junior Superstar 2024 yang adalah bertujuan mencungkil bakat baru pada peringkat usia 9 tahun hingga 16 tahun yang terbuka untuk penyertaan dari seluruh negara.

YB Gubanaj juga memaklumkan acara final pada tahun ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sebelum itu menjelaskan peringkat saringan akan diadakan beberapa peringkat sehingga 40 orang peserta akan terpilih ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu hadiah pula adalah berupa wang tunai berjumlah RM2000 untuk juara, naib juara pula akan menerima RM1500 dan ketiga RM1000. Manakala tempat ke 4 seramai 4 orang akan menerima RM500 setiap seorang dan semua finalis juga akan menerima RM300 setiap peserta.

YB Gunaraj mengingatkan kepada semua bahawa bukan semua anak-anak bijak di dalam pembelajaran tetapi mereka mungkin bijak dari sudut lain seperti nyanyian maka itu beliau berusaha mewujudkan platform untuk anak-anak ini mengetengahkan bakat mereka.

Pada tahun lalu seorang finalis telah terpilih untuk dijemput ke pentas antarabangsa iaitu di India hasil daripada pendedahan bakat yang dianjurkan melalui Selangor Junior Superstar.

Selangor Junior Superstar 01
Selangor Junior Superstar 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading