Like this:

Semua Harga Mahu Naik?

Siapa cakap semua???

Tambang ehailing sentiasa turun.. ini realiti yang semua orang boleh nampak tapi kenapa semua orang terlepas pandang?

Kita wajar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana berjaya dengan 100% menyekat sektor ehailing daripada mengalami proses kenaikkan.

Bezanya ialah sektor ehailing kerajaan tidak perlu melakukan pemeriksaan, tidak perlu penguatkuasaan bagi membendung tambang daripada mengalami kenaikkan.

Cukup bagi kerajaan tidak masuk campur urusan tambang ehailing dengan menggunakan istilah 'diapungkan' sudah memadai untuk mengekang tambang ehailing daripada naik.

Seperkara yang kerajaan dan seluruh warga Malaysia perlu tahu ialah penurunan tambang ehailing telah menjejaskan ratusan ribu pemandu ehailing kerana mereka beroperasi di zon bahaya.. tersilap sedikit mereka akan rugi atau jika bernasib baik mereka akan ada sedikit untung.

Tidak tepat jika ada yang mengatakan jika pemandu terjejas ianya tidak menjejaskan pihak lain..

Anda perlu ingat pemandu ehailing adalah pembeli kereta, menggunakan petrol, membeli tayar, membeli insuran kereta, membeli insuran ehailing (sakau), membeli aksesori kereta, melakukan penyelenggaraan di bengkel, mencuci kereta, membayar komisyen untuk syarikat ehailing.

Termasuk juga pelbagai lagi perbelanjaan yang mereka lakukan termasuk perbelanjaan dapur yang menggunakan titik peluh sebagai pemandu ehailing..

Sektor ehailing juga tidak lari daripada eko sistem gig yang telah menyumbang kepada pelbagai sektor lain, jika ehailing terjejas sektor lain juga akan terkesan cuma mungkin ramai yang tidak menyedari kerana ianya berlaku di saat anda sedang leka membincangkan kenaikkan kos sektor-sektor lain.

Oleh itu tolong jangan anak tirikan sektor ehailing ini dan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia adalah langkah yang diyakini mampu untuk setidak-tidaknya memberikan kelegaan kepada pemain industri ehailing.

Terima kasih

Ehailing.fm

#ehailing#phailing#gig#teksi#segim#mycar#pekerjabebas#kadartambangehailing#gem#maxim#MyRide

Semua Mahu Naik

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading