Like this:

Serahan Memorandum berkenaan Lalamove kepada Menteri Pengangkutan

Wakil penghantar Lalamove berjaya serah memorandum kepada wakil YB Anthony Loke Menteri Pengangkutan Malaysia semalam.

Driver Action Coalition DAC melalui kenyataan Pengerusinya En K Gunasegeran A/L Kuppan atau dikenali sebagai Cikgu Sekar menuntut 10 perkara untuk ditimbangkan oleh YB Menteri Pengangkutan.

Potongan komisyen yang tinggi sebanyak 21.5%, had lebih muatan, trip pulangan hanya 50%, tiada gantirugi pembatalan tempahan oleh pelanggan dan sistem penilaian rating yang tidak adil.

Selain itu DAC juga menuntut perlindungan insuran, kadar tol, masalah buang harga, khidmat pelanggan yang lemah dan harga per/km yang sangat murah sehingga membebankan penghantar.

Sementara itu DAC juga menjelaskan bahawa mereka telah beberapa kali memohon kepada pihak pengurusan Lalamove supaya mengkaji semula kaedah operasi mereka supaya tidak membebankan penghantar namun permintaan mereka tidak diendahkan.

Terima kasih 
RA Ehailing.fm

Lalamove Berjaya Serah Memorandum Kepada Wakil Yb Anthony Loke 01
Lalamove Berjaya Serah Memorandum Kepada Wakil Yb Anthony Loke 02
Lalamove Berjaya Serah Memorandum Kepada Wakil Yb Anthony Loke 03
Lalamove Berjaya Serah Memorandum Kepada Wakil Yb Anthony Loke 04

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading