Like this:

Sesi Libaturus SEGiM bersama GAKUM

Pagi tadi, Dato' Seri Sharkar Shamsudin melalui Sekretariat Kesatuan Sekerja & Ekonomi GIG UMNO Malaysia telah mengadakan satu sesi libaturus bersama Gabungan Majlis Presiden & Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (GAKUM). Sesi ini telah diaturkan oleh Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Dalam sesi tersebut, beberapa isu berkaitan kebajikan kakitangan universiti dan peningkatan kualiti perkhidmatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah dibincangkan. Isu-isu ini memerlukan perhatian segera daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar yang melibatkan kepentingan kakitangan di institusi pendidikan tinggi negara.

GAKUM, yang memainkan peranan penting dalam menjaga hak dan kepentingan kakitangan universiti. Mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan wujudnya suasana kerja yang adil dan kondusif, selain berperanan sebagai penghubung utama antara kakitangan dan pihak pentadbiran dalam hal-hal berkaitan perkhidmatan, kebajikan, dan peningkatan kualiti tenaga kerja di universiti.

Sesi ini juga menekankan pentingnya kolaborasi antara kesatuan pekerja dan pihak kerajaan dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan sektor pendidikan tinggi.

Libaturus Bersama Gakum

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading