Najib Razak memberi keterangan mendakwa bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi sepatutnya berada di kandang tertuduh dan bukannya dirinya.
Bekas Perdana Menteri itu hari ini menegaskan bahawa bukti dokumentari menunjukkan bahawa dalang sebenar penyelewengan di 1MDB ialah Shahrol dan ahli pengurusannya yang lain bersama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low).
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan menegaskan Shahrol mengingkari Lembaga Pengarah 1MDB dan bersekongkol dengan pengurusan dan Jho Low untuk menggelapkan AS$700 juta dana yang dimaksudkan untuk usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI).
"Bukankah dia (Shahrol) sangat bertuah kerana saya orang yang dituduh? Kerana jika saya bukan bekas Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, saya benar-benar percaya dia bukan di kandang saksi tetapi kandang tertuduh," kata Najib memberi keterangan dalam pembelaannya semasa perbicaraan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion 1MDB.