Like this:

Sindrom Keletihan Semasa Memandu

Simptom Keletihan Pemandu

Pertama-tama, mari kita lihat sama ada anda mempunyai simptom keletihan pemandu:

  1. Kesusahan Fokus/Sering Berkhayal
  2. Kesusahan Membuka Mata Dengan Lebar/Mata Selalu Letih
  3. Kesusahan Mengamalkan Keadaan Mental yang Aktif/Melupakan Fikiran dengan Mudah
  4. Reaksi yang Lambat
  5. Kesusahan Memandu dalam Lorong yang Tertentu

Kesan-Kesan Memandu Selama Tempoh Masa yang Lama terhadap Kesihatan

Kesan pada Kesihatan Fizikal
Pernahkah kawan-kawan perasan banyak pemandu teksi menggunakan kusyen di atas tempat duduk kereta untuk mengurangkan tekanan pada belakang badan? Posisi kedudukan semasa memandu untuk tempoh masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan, terutamanya sakit belakang badan. Kesakitan ini selalunya disebabkan oleh kesakitan atau kecederaan otot dan tulang belakang. Tekanan pada tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan dari bahagian bawah belakang sampai ke leher.

Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal yang disebabkan oleh pemanduan yang lama boleh menyebabkan masalah obesiti dan kesusahan penghadaman.

Kesan pada Kesihatan Dalaman
Menurut kajian, pemanduan lebih daripada 16km secara berterusan boleh meninggikan tahap gula dan tahap kolesterol darah. Kesesakan lalu lintas yang teruk juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Selain itu, Juliet juga terbaca laporan kajian yang menarik: pemanduan selama tempoh yang lama mungkin boleh menjejaskan kualiti sperma untuk para lelaki!

Kesan pada Kesihatan Mental
Pemanduan memerlukan tumpuan perhatian mental yang tinggi. Oleh sebab itu, kesan pada kesihatan mental bukanlah mustahil. Keletihan mental merupakan salah satu punca utama kemalangan jalan raya. Pemanduan dalam kesesakan lalu lintas atau dalam keadaan tergesa-gesa boleh menyebabkan kemarahan, kekecewaan, dan perlepasan emosi yang tidak stabil, dan mungkin boleh menyebabkan kes-kes kemurungan.

Penjagaan Kesihatan Semasa Memandu

Bagaimanakah boleh kita menjaga kesihatan semasa memandu untuk tempoh masa yang lama? Berikut merupakan beberapa tip untuk kawan-kawan sebelum memulakan perjalanan!

  1. Makan Sarapan yang Ringan dan Menyediakan Snek untuk Perjalanan
    Sarapan yang berat pada waktu tengah hari atau waktu malam boleh menyebabkan kita berasa mengantuk. Sebaliknya, sediakanlah sarapan yang lebih ringan untuk makan tengah hari dan malam. Sediakan juga makanan ringan (seperti buah-buahan dan kekacang – bukan kerepek dan coklat!) untuk mengisi kelaparan semasa memandu.
  2. Dapatkan Tidur yang Mencukupi Sebelum Memandu
    Tidurlah sekurang-kurangnya 8 jam sebelum mula memandu untuk tempoh masa yang lama.
  3. Berehat Sekali-Kala Sepanjang Perjalanan
    Berehat selama 10 minit setiap 2-3 jam perjalanan untuk membenarkan badan dan minda anda berehat daripada tumpuan pada jalan raya.
  4. Berdiri atau Berjalan Kaki Apabila Terdapatnya Masa Lapang
    Semasa kita memandu, kita duduk di atas tempat duduk kereta sepanjang perjalanan. Pada waktu rehat, ambillah masa untuk berjalan-jalan atau berdiri sewaktu makan sarapan tengah hari atau makanan ringan.
  5. Jangan Memandu pada Masa yang Anda Biasanya Tidur
    Badan dan minda kita jelas mengetahui masa tidur yang kita gemari. Jika kita memandu pada masa yang kita biasanya tidur, kita akan memerlukan usaha yang lebih banyak untuk menumpukan perhatian semasa memandu.

Memandu kereta untuk tempoh masa yang lama bukanlah sesuatu yang buruk, tetapi eHailingFM berharap kawan-kawan semua menyedari kesan memandu untuk tempoh masa yang lama terhadap kesihatan dan cara-cara memandu secara sihat! eHailingFM berharap kawan-kawan semua, boleh menjadi pemandu yang sihat!

Sleepy Driver

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading