Grab katanya terlebih beri pinjaman kepada penghantar phailing. Sementara itu pihak bank bertindak membekukan akaun milik penghantar phailing terlibat.
Sebelum itu saya telah menerima maklum dari pelbagai sumber kejadian sekitar 1000 penghantar phailing yang memohon pinjaman dengan syarikat tersebut.
Setelah diluluskan maka wang tersebut terus dipindahkan ke akaun penghantar seperti kelaziman sebelum ini. Namun mungkin disebabkan gangguan sistem pindahan tersebut berlaku berulang kali sehingga ada penghantar yang memperolehi pinjaman pada angka RM80000.00.
Saya difahamkan akaun penghantar yang terlibat telah dibekukan oleh pihak bank sementara langkah susulan dilakukan oleh pihak Grab.