Like this:

Subsidi Diesel Bersasar? Impak dan Kesan.

Bantuan Tunai Kepada Pemilik Kenderaan Diesel.

Saya dikongsikan poster ini berkaitan penyasaran subsidi diesel. Perhatian saya tertumpu kepada 3 golongan yang memiliki kenderaan diesel bakal menerima bantuan tunai.

Petani kecil, pesawah dan peniaga kecil akan menikmati bantuan tunai diesel. Bagaimanapun tiada penjelasan terperinci untuk melayakkan 3 golongan ini mendapat bantuan tunai.

Manakala bagi pemilik persendirian (4x4, van dll) yang menggunakan kenderaan bagi tujuan perniagaan bukan dalam 3 kategori tersebut juga mengharapkan ada bantuan untuk mereka.

Contohnya pemilik 4x4 yang berusia 15 tahun keatas yang menggunakan kenderaan bukan untuk tujuan perniagaan sebaliknya keperluan hidup semasa atau tugasan (berkerja atau menetap di kaw pedalaman).

Ada juga menggunakannya untuk tujuan kerja kemasyarakatan. Ada yang membeli kenderaan diesel MPV Sekenhen (lebih murah daripada harga Myvi baru) semata-mata untuk kegunaan keluarga yang besar.

Kerajaan perlu lebih perhalusi lagi dasar subsidi bersasar supaya tiada golongan yang terpinggir dan rasa tertekan dengn kenaikan kos diesel. Jika boleh buat penambahan golongn penerima bantuan tunai diesel seperti yang dinyatakan.

Admin eHailingFM

Subsidi Bersasar

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading