Like this:

Subsidi penerbangan dilanjutkan : Menteri Pengangkutan
Tempoh subsidi penerbangan Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Labuan Hari Raya Aidilfitri asalnya 3 hari. Sekarang Ministry of Transport Malaysia lanjutkan ke 4 hari. Penumpang boleh beli tiket sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Labuan tidak lebihi RM599 pada 6,7,8 dan 9 April 2024. Ini mengambil kira bahawa 6 April adalah hari Sabtu iaitu hujung minggu sebelum Hari Raya Aidifitri di mana ramai penumpang akan mengambil peluang untuk balik kampung. Harga maksimum ini boleh ringankan beban penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan tinggi yang selalunya mencecah RM1,000 sehala. Selain itu, sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April 2024 untuk membantu perantau balik kampung. #MalaysiaMadani #HariRayaAidilfitri2024

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading