Like this:

Syarikat ehailing tenat
Kali ini saya ingin berada di sebelah syarikat ehailing yang berada di pasaran ketika ini.. Dengan hampir 30 syarikat yang berlesen walaupun bukan semuanya aktif tetapi persaigan sengit sudah pastilah wujud sesama syarikat ini. Persaingan untuk menarik seberapa pelanggan ini sudah pastilah menggunakan kaedah memurahkan tambang kerana itulah senjata paling berkesan bagi memenangi hati pengguna seterusnya menjadi juara dalam perlumbaan ini. Perlu diingat syarikat ehailing memerlukan pendapatan dan kebanyakkan syarikat ehailing tiada sumber pendapatan selain daripada komisyen yang diambil daripada kadar tambang mengikut persen yang tidak boleh lebih daripada 20% kerana angka tersebut sudah ditetapkan oleh kerajaan. Kecuali syarikat taikun yang sudah seperti bank dengan menyimpan duit pengguna (wallet) serta melakukan pusingan niaga dengan duit tersebut serta melaungkan mereka mempunyai bilion-bilion namun sebaliknya mengistiharkan kepada dunia mereka juga rugi bilion-bilion. Syarikat selain taikun perlu bersatu atau wujudkan gabungan ala konsortium bagi mewujudkan kesepakatan yang sama untuk bersaing.. dalam hal ini mereka boleh mengenakan kadar tambang sama, potongan komisyen yang sama serta lain-lain lagi bagi mengelakkan persaingan tidak sihat yang akhirnya boleh menyebabkan mereka tutup kedai. Saya sudah melihat berpuluh-puluh syarikat ehailing yang telah hanyut dan ada yang menutup operasi kerana berpunca daripada gagal bersaing. Puncanya ialah tidak dapat menjana pendapatan setimpal akibat daripada perolehan komisyen yang sedikit tetapi mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menguruskan syarikat.. Samada mereka sedar atau tidak syarikat taikun yang mengenakan komisyen maksima (20%) juga rugi bilion-bilion inikan pula mereka yang mengenakan komisyen di bawah paras tersebut. Oleh kerana itu syarikat-syarikat ehailing perlu lakukan sesuatu dan buanglah ego masing-masing demi kelangsungan syarikat mereka sendiri. Saya percaya jika syarikat ehailing boleh duduk semeja sesuatu yang bagus untuk industri ehailing boleh dicapai.. Kepada CEO syarikat ehailing segeralah bermuafakat mencari jalan penyelesaian demi kelangsungan industri ehailing negara. Terima kasih RA ehailing.fm ______________________ Lesen PSV: www.wasap.my/601116861593/Lesen+PSV

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading