Like this:

Takkanlah 5,440 Aduan Je? Mana Pergi Yang Lain?

Hanya terdapat sebanyak 5,440 aduan berkaitan masalah jalan raya yang diterima oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) termasuk aduan berkenaan jalan berlubang dan kerosakan papan tanda melalui aplikasi MYJalan sejak dilancarkan Ogos lalu sehingga 30 November.

Dan daripada jumlah tersebut sebanyak 397 aduan dalam siasatan, manakala 1,138 kes telah ditutup. Manakala sebanyak 4,005 aduan melibatkan ‘No Wrong Door Policy’ dan selebinya di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pada Ogos yang lalu, Kempen MyJalan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gerik, Perak. Kempen ini adalah berteraskan prinsip ‘No Wrong Door Policy’ dan ‘Action Speaks Louder Than Words’ dimana menerusi Belanjawan 2024, Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal memanfaatkan peruntukan sebanyak RM2.8 bilion yang disediakan untuk menyelenggara jalan raya dan jambatan di laluan Jalan Persekutuan selari hasrat KKR untuk terus memperkasakan Kempen MYJalan KKR.

Err... sekejap... Pelik sungguh la... takkan 5,440 aduan je? Mana pergi yang lain? Satu Malaysia jalan teruk, tapi orang tak mengadu guna aplikasi MyJalan ka? Atau orang takt tahu ujudnya aplikasi tu? Takkan geng Lando Zawawi tak tahu?

Pelik kan...

MyJalan
MyJalan Aduan
Jalan Rosak

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading