Pinjam Duit Member, Bayar Bil Telefon π²
Beberapa hari lalu, waktu saya ke pejabat di Lembah Pantai, saya terserempak dengan seorang rider Foodpanda, Sdr. Nazirul. Sempat juga luangkan masa untuk berbual dan mendengar luahannya.
Ceritanya kepada saya, beliau seorang ayah kepada dua orang anak yang masih kecil. Pendapatannya kira-kira RM4,000 sebulan dan isterinya pula tidak bekerja. Jumlah itu memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Susu dan lampin bayi pun dah mahal, kadang-kadang kena tanggung kos perubatan ahli keluarga, simpanan memang tak ada langsung.
Lebih menyedihkan lagi, dah 2 bulan beliau tak mampu bayar bil telefon. Ada masa terpaksa pinjam RM200 duit member semata-mata nak bayar bil, memandangkan kegunaan telefon adalah keperluan paling penting bagi seorang rider.
Sebagai seorang ayah, saya cukup faham akan cabaran yang dihadapinya. Sedar tak sedar dah bersembang hampir 40 minit, tercetus idea untuk lakukan sesuatu untuk bantu komuniti riders kita.
Saya sedar, riders tulang belakang industri F&B dan barisan hadapan waktu Covid dan PKP dahulu. Peranan mereka amat penting dalam memudahkan urusan harian kita setiap hari. π΅
Selepas pertemuan itu, pejabat saya telah memulakan siri perbincangan dengan semua telco untuk mencadangkan pakej Internet khas, khusus buat riders sahaja. Saya faham sepenuhnya bahawa sebagai syarikat swasta, rundingan ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Alhamdulillah, hari ini saya telah bertemu semua CEO telco, dan antara lain kami telah capai kata putus agar telco akan sediakan pakej khas untuk semua p-hailing riders di Malaysia dengan diskaun istimewa. Syukur Alhamdulillah, saya akan umum pakej ini esok, β 23 Januari 2024.
Kerajaan memahami kesusahan abang-abang riders kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat. Ini satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing.
Terima kasih riders kerana telah berkhidmat untuk kita semua selama ini. Kerajaan Madani mendengar keluhan anda dan kami harap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan dan membantu anda dalam menjalankan tugas setiap hari.
Sumber: FB Fahmi Fadhil