Like this:

Tambang ehailing berundur 20 tahun ke belakang – Kamal GTSM

Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia - GTSM merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Pengangkutan Tuan Anthony Loke di atas keprihatinan dan kecaknaan beliau terhadap keselamatan sosial ahli-ahli kami yang berkhidmat dalam industri teksi negara.

Pemberian inisiatif caruman PERKESO kepada hampir 40 ribu pemandu teksi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bakal memberi manfaat kepada ahli-ahli kami

Kami terharu dengan keprihatinan dan kecaknaan yang dizahirkan oleh Menteri terhadap pemandu-pemandu kami yang selama ini seperti dipinggirkan dari mata fikir Kementerian Pengangkutan.

Kami berharap keprihatinan dan kecaknaan YB Menteri Pengangkutan tidak berakhir pada aspek keselamatan sosial pemandu-pemandu kami, sebaliknya kami berharap YB Menteri Pengangkutan akan memberi perhatian khusus terhadap aspek kebajikan dan pendapatan pemandu-pemandu kami yang sekian lama telah terjejas dengan amat teruk berikutan keengganan pihak-pihak berkenaan memahami senario sebenar industri kami.

Ketiadaan usaha menghapuskan peraturan double standard dan mewujudkan Level Playing Field telah menyebabkan pemandu Teksi hidup dalam kemiskinan bandar.

Selain daripada itu, ketiadaan harga lantai di dalam pasaran Gig Economi telah menyebabkan syarikat-syarikat penyedia aplikasi tempahan bersaing sesama mereka untuk mendapatkan pelangan dengan mengambil jalan mudah membuang harga, impak dari perbuatan tidak bertanggungjawab syarikat-syarikat berkenaan telah menjadikan rakyat Malaysia yang bergiat di dalam industri berkenaan sebagai hamba mereka.

Malah kesan dari perbuatan syarikat-syarikat berkenaan turut memberi kesan negatif kepada pemandu-pemandu kami apabila penumpang memilih menggunakan perkhidmatan mereka yang menawarkan kadar tambang 20 30 Tahun yang lalu.

Sebelum ini Gig Ekonomi dianggap sebagai pekerjaan sampingan bagi memberi peluang kepada rakyat diluar industri kami menjana pendapatan sampingan di dalam sektor perkhidmatan kami, namun kini Gig Ekonomi telah berubah menjadi pekerjaan tetap.

Sedangkan kami kami yang mencari rezeki dalam sektor perkhidmatan bukan sahaja tidak berpeluang menjana pendapatan sampingan malah pendapatan hakiki kami pun dirompak, dimanakah keadilan kepada kami?

Kami berharap Pindaan Akta 715 yang telah diluluskan pada April 2023 akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyelesaikan isu yang melanda industri Teksi dan Gig Ekonomi.

Kami menaruh harapan tinggi kepada kerajaan Perpaduan untuk kehidupan kami yang lebih baik, semoga dibawah pentakbiran YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sistem penjajahan moden dalam industri kami dapati diakhiri.

KAMARUDIN HUSSAIN

YDP Gabungan Teksi Malaysia

Kamal Gtsm

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading