Like this:

Tambang eHailing dengan kadar Harga Mengarut.

Susulan paparan cerita berkenaan dengan "fare sampah" yang sering ditimbulkan oleh pemandu ehailing dan sering juga dimainkan oleh page serta radio ehailingFm, semalam saya telah disapa oleh seorang pemimpin persatuan pengguna yang agak kurang senang bila isu itu dibangkitkan... Beliau terus bertanya apakah Ehailing.fm atau pemandu ehailing jika berada sebagai pengguna apakah akan memilih tambang yang murah atau yang mahal?

Soalan agak padu namun begitu saya cuma jelaskan kita tidak menyalahkan pengguna tetapi kita mengharapkan kerajaan yang mengawal tambang supaya adil untuk kedua-dua iaitu adil untuk pemandu dan adil untuk pengguna.

Jawapan tersebut tidak memuaskan hatinya dan beliau mendesak supaya saya bercakap jujur. Oklah saya menjawab secara jujur iaitu admin memilih tambang yang murah. Beliau terus bertepuk tangan sambil berkata "tengok awak sendiri pun pilih tambang murah".

Seterusnya saya minta beliau menjawab pula secara jujur iaitu jika beliau sebagai driver e-hailing apakah beliau memilih untuk mengambil job RM5 untuk 7 km atau RM12 untuk 7 km. Harus fikirkan masa, minyak, kos selenggara, tayar, topup dan lain-lain. Beliau menjawab maaf tak ada masa nak jawab dan bersalam terus beredar..

Kepada sahabat-sahabat semua tolong komen kerana beliau ada dalam page ini tapi hanya sekadar cctv sahaja.

Saya bukan pakar untuk menjawab bagi mewakili anda.. terima kasih.

RA ehailingFm

#faresampah#ehailing#teksi#takadil#SEGiM

Fare Sampah

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading