Like this:

Tambang Mahal Tambang Murah

Kisahnya semalam sewaktu aku bertemu dengan dua orang pemandu ehailing yang ingin mendaftar sebagai pemandu ehailing melalui sebuah syarikat ehailing terkemuka.

Sewaktu saya sedang mendaftarkan salah seorang pemandu ini yang seorang lagi rancak bersembang pasal pengalaman beliau memandu selama ini.

Daripada kisah beliau sebagai pemandu grab sampailah kepada kisah mycar dan semakin rancak perbualannya apabila masuk tajuk tambang ehailing semakin jatuh.

Apa yang mengejutkan ialah apabila beliau secara terang mengatakan punca tambang jatuh ialah Rizal Adam (RA) ehailing.fm . Waktu ini saya cuma ooooo saja sambil senyum kambing.. bukan senyum lembu ya.

Beliau mengatakan nak berjumpa sangat dengan RA seterusnya akan mentarbiahkan RA berkenaan isu tambang ehailing ini.

Saat ini aku cuma mampu oh ya ka.. oh ya ka.. sambil diiya-iyakan oleh abang ni.. paling win bila dia kata RA ni tak guna satu sen pun.

Sebenarnya macam-macam lagi hikayat cerita cinta beliau terhadap Ehailing.fm dan RA dihamburkannya.. ada yang jauh menyimpang sejauh penjuru alam.

Selesai sahaja saya mendaftarkan kedua-dua pemandu ini saya pun tanya kepada abang yang nak sangat jumpa RA tu.. adakah dia ada akaun FB? Katanya ada cuma tidak berapa aktif seterusnya saya pun minta dia klik ehailing.fm.

Abang ni kata dia memang ikuti page ehailing.fm sambil mulutnya kata "tambang mahal order takdak, tambang murah order bersepah". Saya katakan kepadanya esok (harini) akan keluar tajuk ni sebab saya akan bagitau kat admin ehailing.fm

Abang ni sambil tepok bahu saya mengucapkan terima kasih dan berpesan supaya kirim salam kat RA tak guna satu sen.

Harap-harap abang tu buka FB beliau pada hari ini dan hajat beliau sudah tercapai kerana dapat juga berjumpa dengan RA walaupun tanpa beliau sedari..

Maaf ya bang kerana sampai ke sudah tidak beritahu kat abang bahawa sayalah RA. Gunalah ilmu yang saya kongsikan semalam sebaiknya dan satu perkara yang kena ingat iaitu kita adalah CEO terhadap diri kita sendiri maka itu tugas memberi keuntungan adalah dibawah susun atur yang anda sendiri tentukan

Terima kasih

RA ehailing.fm

#ehailing#phailing#gig#teksi#segim#mycar#pekerjabebas#kadartambangehailing#gem#maxim#MyRide

Tambang Mahal

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading