https://www.facebook.com/share/p/GGxzgFUQTRvppJCW/?mibextid=Nif5oz
Tangkap dan denda RM10000.00 kepada pemandu ehailing dan phailing yang masih degil untuk mencarum SKSPS
RM23.30 SETAHUN .. itupun terlalu sulit bagi segelintir pemandu ehailing dan phailing untuk mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO SKSPS.
Sebelum itu terima kasih kerajaan Madani kerana terus prihatin dengan golongan penggiat gig ekonomi melibatkan sektor paling bermasalah iaitu ehailing dan phailing.
YAB Perdana Menteri sewaktu mengumumkan belanjawan 2024 tahun lepas menyasarkan pemandu ehailing dan phailing untuk dibantu dari sudut perlindungan Perkeso dengan memberi subsidi sebanyak 90% pakej ke 2 bernilai RM232.80 dan pemandu ehailing dan phailing hanya membayar sebanyak 10% iaitu RM23.30 sahaja.
Kerajaan sebelum itu pada tahun lepas memberi subsidi sebanyak 80% di mana pemandu ehailing dan phailing hanya membayar RM46.60 untuk tempoh setahun caruman namun malangnya masih ramai yang enggan atau tidak peduli dengan skim yang amat bermanfaat ini.
Untuk memperolehi subsidi caruman ini pemandu ehailing dan phailing perlu hadir ke pejabat Perkeso terdekat dan mengemukan applikasi ehailing dan phailing yang mereka gunakan untuk mendaftar seterusnya mencarum dalam SKSPS.