Himpunan 100 NGO yang bakal diwujudkan akan dikenali sebagai Task Force Rakyat adalah untuk mendepani isu-isu rakyat demi keharmonian negara.
Menyifatkan situasi terkini negara sebagai amat terdesak Dato Nadzim Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM mengajak semua rakyat bersama untuk menyokong usaha ini demi kebaikkan negara.
Sementara itu seorang lagi ahli panel menyifatkan himpunan ini bukan hanya melibatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM sahaja tetapi adalah gabungan banyak NGO tempatan.
Beliau juga menyatakan perlunya kuasa ke 3 untuk mengimbangi kuasa du sebelah kerajaan mahupun pembangkang di negara kita yang kadang-kadang hanya tahu berjanji tetapi gagal ditepati.
Kuasa ke 3 ini akan memantau dan akan bertindak terhadap pemimpin termasuk wakil rakyat yang berada di kawasan masing-masing.
Semasa sidang media juga mereka mengingatkan kuasa penentu adalah 30 juta rakyat manakala mereka yang terlibat secara tegar di dalam politik hanyalah sekitar di bawah 5 juta sahaja, oleh itu kuasa rakyat adalah kuasa penentu kepada corak hala tuju negara yang sepatutnya.
Sementara itu seorang lagi ahli panel memperjelaskan bahawa himpunan ini bukan himpunan yang menentang kerajaan tetapi lebih tepat sebagai rakan pemerintah.
Mereka akan memperjelaskan secara terperinci tentang halatuju Task Force Rakyat menjelang himpunan pada 7.9.24 nanti.
Terima kasih
RA Ehailing.fm