Like this:

Tawaran Pengurangan Kompaun Saman Trafik sehingga 50%

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 hingga 10 Disember ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi 2023 yang membabitkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 pagi hingga 4 petang pada 8 Disember 2023 (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang pada 9 dan 10 Disember 2023 (Sabtu dan Ahad).

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu menerusi portal dan aplikasi MyBayar PDRM, sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.

Saman Trafik

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading