Like this:

Teksi Sengsara Kerana E-Hailing?

Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan pada kadar segera kerana industri teksi kini semakin tenat kerana disaingi secara tidak adil oleh sistem dalam panggilan ehailing.

Punca kepada masalah besar ini ialah tambang ehailing yang tidak dikawal.

Sebelum itu paparan berita 30000 buah teksi tersadai mengejutkan namun boleh diatasi jika kerajaan serius menangani isu tambang ehailing supaya benar-benar adil kepada semua bukan hanya adil kepada pengguna semata-mata.

Antara langkah lain yang boleh diambil adalah menghadkan jumlah kemasukkan pemandu baru serta tetapkan jumlah syarikat ehailing yang beroperasi kepada satu jumlah yang munasabah..

Buat masa ini pemandu ehailing dianggarkan melebihi 100,000 orang manakala jumlah syarikat 25 buah, namun hanya beberapa syarikat sahaja yang aktif manakala kebanyakkan syarikat hanya sekadar mempunyai lesen LPP semata-mata.

Jumlah pemandu yang melebihi permintaan pada ketika ini adalah salah satu faktor ketidakseimbangan pasaran ehailing seterusnya menyebabkan kadar tambang menjadi sangat tidak adil kepada pemandu ehailing.

Sementara itu jumlah syarikat yang banyak hanya akan mengundang persaingan merebut pengguna dan sudah semestinya akan menyebabkan tambang menjadi semakin menjunam..

Sebarang kesan tambang kepada industri ehailing secara langsung akan memberi kesan juga kepada teksi yang terus kaku pada angka RM1.25 per/km semenjak 2015 lagi.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

Teksi Sengsara

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading