Dr Abas (Atok Viral) berkunjung ke pejabat Perdana Menteri untuk memohon campurtangan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam sengketa di antara The Plot dengan pihak MARDI.
Sebelum itu Dr Abas berkunjung ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memohon YB Datuk Seri Mohamad Sabu memanggil semula pertemuan di antara The Plot dengan pihak MARDI yang dibatalkan pada saat akhir dan ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Sementara itu pengikut Tiktok Dr Abas yang telah melonjak lebih 100 ribu diberi jaminan oleh Dr Abas bahawa beliau akan terus berjuang untuk mendapatkan keadilan terhadap The Plot seterusnya dapat membangunkan industri pertanian negara kita.
Menurut Dr Abas lagi The Plot telah dipotong bekalan air dan elektrik telah masuk hari yang ke 126 dan ini menjadikan pokok-pokok yang terdapat di The Plot semakin kritikal.
Beliau berharap sekurang-kurangnya bekalan elektrik dan air disambung semula sementara menunggu proses mahkamah yang hanya akan bermula pada hujung April tahun hadapan.