Like this:

Tiada Pembalakan Haram Di Ulu Muda – JPSM

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada sebarang kegiatan pembalakan atau penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) di Sik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata walaupun pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada JPSM, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan perkara terbabit benar-benar tidak berlaku.

"Laporan awal JPSM yang kita terima ialah tiada aktiviti pembalakan atau penerokaan yang haram, tetapi kita akan terus teliti sebab kita terima aduan daripada pihak NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya.

Lembangan di kawasan hutan simpan itu sangat sensitif kerana melibatkan bekalan air untuk tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Baru-baru ini NGO berkaitan alam sekitar, RimbaWatch mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan HSUM menyebabkan Tasik Muda, yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut.

Kajian itu dilakukan menerusi pantauan imej satelit yang mendapati Empangan Muda mula mengumpul mendapan selut sejak Mac 2023, selain keadaan itu didapati semakin membesar pada Oktober lepas.

Jpsm

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading