Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta pacuan empat roda dan samun, selepas polis berbalas tembakan dengan penjenayah di Persiaran Kota Emerald, di sini pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah menggunakan kereta sewa, sebelum menukar nombor pendaftaran kepada nombor palsu bagi menjalankan kegiatan jenayah.



