Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiga pegawai kanan polis telah diberkas kerana disyaki melakukan pemerasan sebanyak RM1.25 juta.
Kes dipercayai melibatkan individu yang disiasat oleh mereka berhubung kes mata wang kripto.
Menurut Razarudin, ketiga-tiga mereka berusia diantara 38 hingga 50 tahun berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan dan Inspektor yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), ditahan di sekitar Jalan Tun Razak.
Razarudin dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga mereka berusia antara 38 hingga 50 tahun serta berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan dan Inspektor.