Macam pelik pulak bunyinya. Toyota research hybrid tanpa henti sejak 1997, tiba tiba umumkan akan guna teknologi hybrid dari BYD.
Kehebatan teknologi China ni jarang diulas oleh media terutamanya dari Barat. Jadi kita sangkakan, teknologi Jepun lagi hebat, sekurang kurangnya dalam teknologi kereta hybrid. Kalau EV memanglah teknologi China jauh ke depan.
Meleset pulak sangkaan saya. Jadi saya pun baca teknologi Hybrid milik BYD yang digunakan di pickup 4x4 Shark 6 yang kini sedang mendonia di Mexico, Australia dan NZ.
Bayangkan pickup dengan enjin 1500cc turbo boleh kalahkan Hilux, Ranger, Triton dan pesaing lain. Suspension Double Wishbone, boleh towing sehingga 2.5 tonne. Kalau test pickup dengan Honda E:HEV rs, Honda pulak makan asap.
Rupa, rupanya teknologi Hybrid DMI dari BYD amat canggih. 1500cc turbo dengan sistem 4WD 2 motor elektrik. Bateri saiz besar pulak tu, boleh gerak 100km guna mode EV sahaja.
Ok, perbandingan antara Hybrid Toyota dan DMI BYD
- Enjin Atkinson BYD boleh capai kecekapan pembakaran sehingga 46.06% dan dah disahkan oleh audit antarabangsa manakala enjin atkinson Toyota sekitar 41%. Perbezaan 5% itu angka yang agak besar
- Mileage sebuah BYD Hybrid sekitar 2000km ke atas dan ianya jadi perkara biasa untuk BYD Tapi bagi Toyota, ianya luar biasa
- BYD berjaya hasilkan enjin Atkinson bersaiz kecil, sekitar 1500cc dengan bantuan Turbo atau NA sahaja. Atkinson dengan kuasa turbo, dapat generate banyak tenaga elektrik untuk kereta performance, contohnya MR2 atau Celica
- BYD memiliki teknologi bateri khas untuk Hybrid dan bersaiz besar. Bateri Hybrid berbeza dengan EV, sebab hybrid perlukan kadar discharge yang laju
Mungkin Toyota tahu sesuatu yang orang di luar industri tak tahu, mereka bekerjasama dengan BYD untuk dapatkan teknologi Hybrid
Secara tak langsung, ia membawa maksud, teknologi Hybrid dari BYD sebenarnya hebatlah kan
Kisahnya, Toyota Corolla Hybrid 2026 akan guna enjin Atkinson dari BYD dan sistem HyBrid BYD. Kemungkinan, bateri, inverter dan cooling system untuk ev pun dari BYD
Saya dah terbayang Seal DM-i itu ialah next gen Corolla
RON91 China boleh clock sehingga 2,200km dengan Hybrid, RON95 berapalah agaknya